Monday, 9 April 2012
Solat Subuh..
Solat Subuh adalah solat yang amat berat dikerjakan. Rasulullah
menyatakan bahawa orang munafik sentiasa merasa berat dan susah untuk
mengerjakan solat subuh sedangkan ia jelas mempunyai manfaat kesihatan.
Antara manfaat solat subuh adalah memastikan keseimbangan kadar
serotonin yang mengawal komunikasi antara sel saraf dan mengawal kadar
hormon kortisol yang membantu metabolisme gula
Talak
Antara pengertian talak yang telah diberikan 4 fuqaha mazhab ialah :
- Fuqaha Syafi’i : Talak pada syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak dan seumpamanya.
- Fuqaha Hanafi : Talak pada syarak ialah memutuskan ikatan perkahwinan serta merta (talak ba’in) atau dalam satu tempoh masa ( dengan talak raji’i) dengan menggunakan lafaz tertentu.
- Fuqaha Maliki : Talak pada syarak ialah mengungkai ikatan yang sah melalui perkahwinan.
- Fuqaha Hambali : Talak pada syarak ialah melepaskan ikatan pernikahan.
Bulan Rejab
Bulan Rejab juga dikenali Bulan Allah. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah:
- Puasa 1 hari : Mendapat keredhaan yang besar dari Allah
- Puasa 2 hari : Mendapat kemuliaan dari Allah
- Puasa 3 hari : Akan diselamatkan dari Allah dari bahaya dunia, siksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal
- Puasa 7 hari : Ditutup 7 pintu neraka
- Puasa 8 hari : Dibuka 8 pintu syurga
- Puasa 10 hari : Allah akan memakbulkan permintaannya
- Puasa 15 hari : Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan
- Tambahan puasa menambahkan pahala
- Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali atau lebih
- Perbanyakkan membaca al-Quran
- Memperbanyakkan doa, istighfar, bersedekah dan lain-lain
MuHaSaBaH DiRi
- Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong
- Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya
- Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara’nya
- Sesiapa yang kurang wara’nya nescaya hatinya mati
Monday, 19 March 2012
kriteria yg menjdi kualiti diri anda sebagai terbaik dan luar biasa adalah..
1. Mendirikan solat 5 waktu.
2. Boleh melaungkan azan dan menjdi khatib solat jumaat untuk lelaki.
3. Lancar mmbaca Al-Quran.
4. Mempunyai ilmu agama yg luas dan memdalam.
5. Tegas,berani dan berdisiplin
6. Berbakti kepada ibubapa.
7. Beriman dengan semua enam rukun iman.
8. Berpendidikan tinggi.
9. Menjaga sopan santun dan etika pergaulan.
2. Boleh melaungkan azan dan menjdi khatib solat jumaat untuk lelaki.
3. Lancar mmbaca Al-Quran.
4. Mempunyai ilmu agama yg luas dan memdalam.
5. Tegas,berani dan berdisiplin
6. Berbakti kepada ibubapa.
7. Beriman dengan semua enam rukun iman.
8. Berpendidikan tinggi.
9. Menjaga sopan santun dan etika pergaulan.
Saturday, 10 March 2012
IsLaM
Islam ialah agama kesejahteraan, agama samawi yang syumul dengan konsep peribadatan yang menyeluruh, unik dan tersendiri...Ibadah dalam Islam menjurus kepada ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan yang banyak menyelesaikan masalah umat....Setiap ibadah dalam Islam mengandungi hikmah atau fadilat yang tersendiri. Jika digali dan dikaji maka akan terserlah kebaikan yang tersirat..
Thursday, 8 March 2012
KeMaTiAn
TANDA-TANDA KEMATIAN
1) 100 hari sebelum ajal – seluruh
badannya rasa bergegar dan menggigil.
2) 60 hari sebelum ajal – pusat perutnya bergerak.
3) 40 hari sebelum ajal – daun dengan namanya
tertulis di atasnya di Arash akan jatuh gugur dan diambil Malaikat Izrail lalu
dibawa turun ke bumi. Bermula saat itu, Izrail akan mendampinginya hingga saat
kematiannya. Kadangkala orang itu boleh melihat sendiri bayangan kehadiran
Izrail hingga membuatkan dirinya runsing dan berasa kurang selesa.
4) 7 hari sebelum ajal – dia mengidam makanan.
5) 5 hari sebelum ajal – anak lidahnya
bergerak-gerak.
6) 3 hari sebelum ajal – bahagian tengah dahi
bergerak-gerak.
7) 2 hari sebelum ajal – seluruh dahinya
bergerak-gerak.
8) 1 hari sebelum ajal – terasa ubun-ubunnya
bergerak-gerak diantara waktu Subuh dan Asar.
9) Saat akhir sebelum ajal – terasa
sejuk dari bahagian pusatnya hingga ke tulang solbi(dibahagian belakang badan).
=>Seelok-eloknya di ketika ini,
orang itu hendaklah segera mengucap Dua
Kalimah Syahadah,duduk diam dan
jangan lagi bercakap.
SoLaT
Sabda Rasulullah S.A.W yang bersabda:
"Tidak ada perbuatan yg lebih disukai oleh Allah yg dilakukan oleh hamba-Nya
selain solat dua rakaat, sesungguhnya kebaikan sentiasa ditabur ke atas kepala
seseorang hamba Allah selama dia berada dalam solatnya"
(Riwayat Ahmad & Tarmizi)
Subscribe to:
Comments (Atom)