Pages

Monday, 9 April 2012

Solat Subuh..

Solat Subuh adalah solat yang amat berat dikerjakan. Rasulullah menyatakan bahawa orang munafik sentiasa merasa berat dan susah untuk mengerjakan solat subuh sedangkan ia jelas mempunyai manfaat kesihatan. Antara manfaat solat subuh adalah memastikan keseimbangan kadar serotonin yang mengawal komunikasi antara sel saraf dan mengawal kadar hormon kortisol yang membantu metabolisme gula

Talak

Antara pengertian talak yang telah diberikan 4 fuqaha mazhab ialah :
  1. Fuqaha Syafi’i : Talak pada syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak dan seumpamanya.
  2. Fuqaha Hanafi : Talak pada syarak ialah memutuskan ikatan perkahwinan serta merta (talak ba’in) atau dalam satu tempoh masa ( dengan talak raji’i) dengan menggunakan lafaz tertentu.
  3. Fuqaha Maliki : Talak pada syarak ialah mengungkai ikatan yang sah melalui perkahwinan.
  4. Fuqaha Hambali : Talak pada syarak ialah melepaskan ikatan pernikahan.

Bulan Rejab

Bulan Rejab juga dikenali Bulan Allah. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah:
  1. Puasa 1 hari : Mendapat keredhaan yang besar dari Allah
  2. Puasa 2 hari : Mendapat kemuliaan dari Allah
  3. Puasa 3 hari : Akan diselamatkan dari Allah dari bahaya dunia, siksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal
  4. Puasa 7 hari : Ditutup 7 pintu neraka
  5. Puasa 8 hari : Dibuka 8 pintu syurga
  6. Puasa 10 hari : Allah akan memakbulkan permintaannya
  7. Puasa 15 hari : Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan
  8. Tambahan puasa menambahkan pahala
  9. Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali atau lebih
  10. Perbanyakkan membaca al-Quran
  11. Memperbanyakkan doa, istighfar, bersedekah dan lain-lain

MuHaSaBaH DiRi

  1. Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong
  2. Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya
  3. Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara’nya
  4. Sesiapa yang kurang wara’nya nescaya hatinya mati
Apabila hati telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata dan membuat  sebarang dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap ALLAH..